Khamis, 20 Mei 2010

5 Syarat untuk Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Surat Adam untuk Hawa

Hawa…
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa… .kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu… .dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini… .

Hawa…
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa… sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan… .

Hawa…
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa… cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah… Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini… kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita… Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah… kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi… langkahmu kian pantas… .apa sebenarnya yang engkau kejari?… ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain… Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini… Sedarkah kau Hawa… .. ? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!!

Hawa…
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai… ..Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini… .

Hawa...
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan… .Aku tidak mahu Hawa… suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya… seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan … aduh!! banyaknya seksaan menantimu!… Mengapa begitu Hawa Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??

Hawa…
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri… .Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian… tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu… !!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa…
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu… Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu… ..
Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya… ”

Hawa…
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu… Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan… .Akhir kata ,ketahuilah… … … … .

PETUA MEMBELAI CINTA

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia
yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila.
Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun
ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang,
membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang
bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri
atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: “Perempuan umpama cermin,
mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang
bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan mint! a dipujuk
memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.
Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika
diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup
dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah
menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah
sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup
dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai
sampai bila-bila.
Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah
dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha
menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang
yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada
wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika
yang dicintai itu adalah wang, yang ! disayang itu adalah kemewahan, memang
rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan
harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa
nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa
terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.
Beliau menambah, “Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang
membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain.
Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang
berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah
rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang
bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan
wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita
sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang
diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa
musibah! dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.
Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang
hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun
ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang,” jelasnya.
Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan
sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal
ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini,
malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.
Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam
ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum
Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan
mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan
pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang tur! ut mendengar tetapi
kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan
memang sukar mengubah kesilapan.


WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK
Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan
oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih
sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak
bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah
suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan
kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang
bengkok.
Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki
yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka
begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin
memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang
bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang
yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah,
membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat
kecil. Allah berfirman, “Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik
untuk kamu.” Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah
terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.


CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?
Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta
dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang
bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan
masing-masin! g buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru
bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan
masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada
jodoh masing-masing, dedahnya.
Beliau menambah, “Contohnya pasangan orang tua dahulu.
Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin
kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa
cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan.
Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden
golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak
sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun
ke mana diri hendak dibawa?” soalnya.
Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak
diawal perkenalan. “Mesti diselidik latar belakang pasanga kala per! ingka
pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria
yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam
perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang
kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan
setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira.
Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya
kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku
pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang
menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga
akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.


LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA
Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin!
baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar
menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.
Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan
berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi.
Lantas Saidina Omar bertanya, “Apakah engkau kenal lelaki itu?” Pemuda itu
menjawab, “Tidak ya amirul mukmimin.” Saidina Omar bertanya lagi. “Apakah
engkau pernah bermusafir dengannya?” Orang itu jawab, “Tidak pernah,”
Bertanya lagi Saidina Omar, “Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang
itu menjawab,’Tidak pernah.’ Lantas ditanya Omar lagi, “Macam mana engkau
kenal dia? Dijawab si pemuda. “Saya selalu tengok dia sembahyang maka
yakinlah dia memang baik.’ Omar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi
kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya.” Daripada kisah yang
diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik
ke masj! id atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang
sebenar. “Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak.
Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga
bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah
kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu
juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai
peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh
diharapkan,” sarannya.
Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak
lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk
kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan
sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang
akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat
ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri
terlalu ! sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi
kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan
hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih
ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam,
bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi
berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan
tetapi mengheret kepada kecelakaan. “Cara untuk mengatasi masalah suami
yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang
berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan
pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.
“Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami
semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan
timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, sisuami memukul
atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju
dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati
pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar
dengan perangainya yang buruk,” ujarnya.
Tambahnya lagi, “Ada masanya suami mesti disentak dengan
perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum
ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam,
hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam.
Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah
tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. “Seperti kisah seorang
pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya.
Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia
takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa.
Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.
Lama-kelamaan ibunya bertanya, “Engkau sakit ke, asyik diam aja.”
Si anak menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas
disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia.
Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat
pula berkahwin,” ceritanya.

TEGUR CARA BERHIKMAH
Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur
suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. “Memang susah mencari yang
boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun
cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga
suami tidak menyalahkan si isteri. “Selain memberi nasihat, isteri
hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di!
samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:

“Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah
sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan
kepada-Nya jua mereka dikembalikan.”

“Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila
hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau
ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan,
berkat doa dan air itu akan lembut hatinya.”
Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik
panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan
redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah.
Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami
dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak
marah. Umpamanya k! alau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si
isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah,
suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman.
Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan
lama-kelamaan penyakitnya akan reda.
Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam
diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi
haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau
merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah
dengan air supaya padam. “Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu
hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau
mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut
hatinya. Antara maksudnya,

“Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau
mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi or! ang yang takut (kepada
Tuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit
yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya
apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara
kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah.”

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja
yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan
berserakah, hendaklah segera bertaubat.
Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun
kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk
masuk api neraka.”

Khamis, 18 Mac 2010

Hukum Memakai Perfume Alkohol

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Rabu, 17 Mac 2010

19 SMS to HELL


1. Hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak, awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...

2. Terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat, saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...

3. Ingat tau, keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik contact….saya doakan awak.

4. Awak, kenapa tak contact saya? saya risau awak keluar lelamer... ye, saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau nak kata macam mana, kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh jer kan... tapi saya rasa awak macam berada depan saya...mungkin ini yang orang kata cinta agaknya. Awak, awk cinta saya? tak hendak bagitau?? tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan??? hehehe...thank you...saya cinta awak...

5. Awak, selain family, awak sayang siape? siapa saya dalam hati awak?

6. Awak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak istimewa untuk awak saja…saya teringin juga nak jadi macam kwn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...ok syg? thank you sayang...

7. Yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja….yela, saya just tanya awak pakai apa jer kan? hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...

8. Yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...

9. Ayang dah lama kita mesej, boleh tak kita jumpa? ye... ayang bawa lah kekawan k? thank you yang...

10. Thank you panggil saya dengan panggilan abang….abang tunggu da lama da..abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan...

11. Ayang, buat apa 2? nak cakap sikit, kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....

12. Ayang kita jumpa k? abang suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayang tak cantik, just makin cantik….nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang saja k...

13. Ayang, abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg… thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja diam,...ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borak kan...yang, abang suka tengok mata ayang, malu malu pula dia…..ayang tadi cantik...

14. Thank you jumpa tadi, ayang cantik...abang romantik pun salah ke? suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank you.... tengok kawan ayang dan kawan abg mcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengok, ALLAH membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...

15. Yang, just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus? apa tandanyer? 50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak? just terpikir……

16. Tadi terbeli tudung pendek…..yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayang special untuk abang pakai tudung 2... cantiknyer ayang...gambar ini abang buat wallpaper hp...

17. Yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! I love u sayang....

18. Yang, da lama kita couple, tak kan abang pegang tangan nak marah, ayang kan milik abang...thank you paham abang...

19. Kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayang cintakan abang, apa buktinya yang??????


SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT
SEBENAR.....
PEGANG TANGAN->TERABE->TERSEDAP-
>TERLANJUR->TERBUNTING->
TERBUANG anak->TERKELUAR VCD LUCAH-
>TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA-
>TER ……………………………………….pikir la sndiri ya sedara sedari suma

Rabu, 3 Mac 2010

TANDA SEBELUM SAKARATUL MAUT

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islamakan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

JANGAN HAMPIRI Z.I.N.A

Firman Allah:

Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum….adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan
dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari
ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman
dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama.
Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa.
Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada
perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul.
Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat
launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ
sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu
boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnyak ada zina
betul, ada
zina
tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat kekasih
dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaiut
khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki
juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan).
Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan
biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang
boleh membawa kpd perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,
betul ke? Jangan tipu.
Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya.Kita
nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak
diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup
tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik
pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu.
Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study
group…? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun berdua. Kalau
ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam
ni…..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang
pelajaran, yg lain tu…. banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik
sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita
manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan.
Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak
adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan
kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita.
Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih
tenang perasaan, tidak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri
adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin
memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak normal namanya. Islam
bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak
suruh membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn
nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bukan salah dan
berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.
Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah
manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita
sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau
nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta
secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab
qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam
. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik.
Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia
membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda
Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai
kecuali nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu
mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kpd perzinaan?
Ya.
Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tpt sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin
akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… …Bukankah meereka semakin
hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan
dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta tlh sampai kpd daerah
perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan
kita dalam keadaan bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta
manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan
manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak
akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk
iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah khuldi
dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan
manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jg
hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai
Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did lm syurga serta makanlah dr
makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu
hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu
dari org-org yg zalim.
(al-A’araf:19)

Tegahan
yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan
kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti
mereka akan memakannya. Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah
dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang.
Takut apabila berhadapan dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan
kecundan. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam
dan Hawa.

Bercinta adalah utk
mengenali hati budi pasangan sblm buat keputusan berkahwin. Tetapi
cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara
dekat.

Bolehkah
percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg
dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg
terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa
bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg
akan pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk.
Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi. Masa
bercinta, dia seorg yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan
terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah
kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau
hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih.
Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan.
Allah yg akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian
itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian
hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan
ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk
mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,
bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit… adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua
itu adlah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg
dberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adlah sama.
Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu betuk tupu daya
iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya “angkat” ini
sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk
dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln
akhirnya akan bertemu dgn zina.

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh
pencipta manusia.
Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk bercinta akan
mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya.
Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sblm
kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi.
Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau
begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan
. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk
berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:

Lelaki
yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dgn perempuan yg
berzina melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan
perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya
melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman.
(Surah al-Nur:3)


Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr
Tuhan.

Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa
ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn
diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj.
Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap krn ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki?
Sejahat
mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri dan
seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih
wanita yg baik
. Tetapi utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pandangan lelaki?
Tentu.
Mana ada org lelaki normal suka pd barang yg ‘second hand’ sedangkan
barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt
kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh
test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas
sirap bandung , bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?

Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka ada psgnnya. Firman Alllah:

Dan
org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg
memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan
zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala
yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami?
Kamu
masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta
mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt
redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3.
Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa
kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab
Kabul.


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu
ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah
kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdkku
perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu
dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih
sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubatmu.

Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dtg kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.