Isnin, 25 Januari 2010

JANGAN MELINTASI DIHADAPAN ORG YG SDG SOLAT...

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir.

Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya ."Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.

Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan ."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA – FATWANYA ).

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

****************************************

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

"Transit di Alam Barzah & Padang Mahsyar"

Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui
oleh setiap manusia iaitu :
1. Alam Roh
- Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti
segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
 
2. Alam Rahim
- selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala
peristiwa Alam Roh)
 
3. Alam Dunia
- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat
penting untuk alam yg seterusnya.
- Hidup sehingga 65thn-75thn
 
 
4. Alam Kubur
- Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000 thn didunia.
- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw bersabda
:" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga
ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"
 
5. Alam Mahsyar
- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thn bersamaan 50,000 thn
didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh
Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg kedua
menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
 
- * Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan
bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk
orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk
mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
 
- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah
s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"
 
 
# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan
keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga
golongan :
 
1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang
yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
 
2. Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik mereka ini
ialah golongan Kanan (Golongan Berrtuah Peringkat Kedua)
 
3. Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka
ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).
 
Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana
manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;
 
 
1. Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.
 
Peristiwa di Padang Mahsyar
 
- Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk yg beriman.
Jln masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut
Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih
dahulu diikuti yg lain (para Nabi, Sahabat dan mrk yg beriman). 7
golongan :
 
1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata "Aku takut
pada Allah"
6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
 
(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya
bermaksud atau bersama perempuan)
 
Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia,
semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg beriman, kemudian
terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai
setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam ttp usaha mereka gagal krn Nabi
Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan
di syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi
Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi
Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw
memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar
menjadi tempat
 
- Soal Jawab
- Membaca catatan amalan
- Hisab
 
*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka
Jahanam. "Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami
akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang
Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling
Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68. Kemudian manusia meniti Siratul
Mustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 thn perjalanan
(persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti
hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg
beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga
(sepantas kilat bagi mrk yg beriman) . 999 manusia akan jatuh kebawah
dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut
Riwayat, anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas
sirat).
 
*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril,
dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha";
Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat
Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa
"Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam
ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16 *Kesimpulannya :
Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah
benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh
singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah
besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan
kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian
mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;
 
Wallahuwa'lam.
 
Rujukan :
Tazkirah Ustaz Zawawi UIA - Kursus Pengurusan Jenazah MAS pada
07/09/2001
# Suka-Duka Roh di Alam Barzah - Abdullah Al-Qari
*Diambil dari Kitab/Al-Quran oleh penulis Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." 

Nabi Muhammaad Seorang Pedophile?


Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan 'Pedophile' bererti 'an adult who has sexual desire for children or who has committed the crime of sex with a child..'. Ia bermaksud 'seorang dewasa yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.'

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun..

Ye ke?
Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?
1)
Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang
penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang
Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika. Malah di Tanah Melayu ketika dulu, ramai di kalangan nenek kita yang berkahwin seawal umur 9 tahun! Bagi yang masih mempunyai nenek yang lahir sebelum merdeka, cuba tanya mereka.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.

Makan Bersama Rasulullah



Sesungguhnya pada diri Rasulullah terdapat suri tauladan yang baik bagi kita, maka alangkah ruginya jika kita meninggalkan atau melupakan Sunnah Rasul tersebut, yang didalamnya terkandung banyak kebaikan. Padahal kebaikan itu datangnya dengan cara mengikuti apa yang dicontohkan oleh Rasulullah dan para Sahabatnya . Dan salah satu teladan yang baik pada diri Rasulullah adalah adab beliau ketika makan.

Seringkali kita melihat kaum muslimin bersama cara-cara makan yang tidak sesuai dengan etika yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, mungkin kerana ilmu belum sampai kepada mereka atau kerana malas dan mungkin kerana enggan melakukannya. Adapun adab-adab makan yang sering dilupakannya itu adalah sebagai berikut:

Makan berjama’ah
Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadits berikut:

"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, niscaya akan mengandung berkah bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadits ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.
Maka Rasulullah berkata:
Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.
Dia menjawab:
Benar ya Rasulullah.
Rasulullah berkata:
Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu

Hadits di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya berkumpul melingkar pada satu nampan makanan dan tidak makan sendiri-sendiri, sebab makan sendiri-sendiri itu disamping akan membuat masing-masing orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata shahabat di atas) juga tidak mendapatkan berkah/kecukupan.

Karena kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi r:
“Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.


“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).

Makan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah[1] (nampan) dan di atas hamparan.
Makan berjama’ah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah adalah salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti, sedangkan makan diatas meja dengan menggunakan Sukurrajah adalah cara makan yang harus dihindari.

Anas bin Malik t berkata: “
Baginda tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Syamail, shahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).

Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan karena mereka (Rasulullah dan para shahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau karena makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (al-Fath 9/532).

Mengambil suapan yang jatuh.
Nabi r berkata:
“Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syatan.
(Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

Hadits ini mengajarkan kepada kita agar tidak menyia-nyiakan makanan yakni dengan tidak membiarkan makanan yang jatuh untuk dimakan syaitan.

Menjilati makanan dan shahfah.
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/serbet hendaklah ia menjilati tangannya, karena seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandung berkah untuknya, sesungguhnya setan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru hingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shohfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, karena sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkah. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkah, sedang dia tidak mengetahui apakah berkah itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Untuk itu hendaklah ini menjaga semua itu agar selalu mendapatkan berkah. (Fathul Bari 9/578).

Mengusap makanan dengan mindil[2]
Nabi r bersabda “Janganlah mengusap tangannya dengan mindil hingga menjilati tangannya..”

Hadits ini mengisyaratkan kepada kita agar setiap selesai menjilati tangan agar mengusapnya dengan serbet, bukan dengan selainnya seperti dengan handuk atau tisue (kertas tipis). Ibnu Hajar berkata: “Hadits diatas berisi larangan bagi orang yang mempunyai serbet tapi tidak mengusap tangan dengannya dan juga berisi larangan terhadap orang yang menggunakan selainnya. (Fathul Bari 9/557).

Berkumur-kumur setelah makan
Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, Sufyan telah menceritakan kepada kami: “Aku telah mendengar Yahya bin Said dari Busyair bin Yasar dari Suwaid bin Nu’man berkata: “Kami keluar bersama Rasulullah ke Khaibar. Tatkala kami sampai di Shahba, Nabi mengundang makan, dan tidak dihidangkan makanan kecuali gandum, maka kami makan (bersama). Kemudian beliau berdiri untuk menjalankan shalat, maka beliau berkumur-kumur, dan kamipun berkumur-kumur. (HR. Bukhari no. 5445 dalam al-Fath 9/576).


[1] Qash’ah adalah piring besar untuk makan sepuluh orang sedangkan Shahfah adalah piring besar untuk makan lima orang (Syama’il Muhammadiyah, bab. Cara makan Nabi r). Adapun Sukurrajah adalah piring kecil yang biasa dipakai untuk memberi makan anak kecil.
(Fathul Bari 9/532).

[2] Mindil adalah kain yang dipakai untuk mengusap tangan selesai makan dan bukan kain yang dipakai untuk mengusap badan selesai mandi.
(Fathul Bari 5/577).

Tangan Orang Tak Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu". Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak...

KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM


Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam, ini dapat dilihat dari beberapa sebab:

1. Islam telah menjadikan akhlak sebagai illat (alasan) kenapa agama Islam diturunkan. Hal ini jelas dalam sabda Rasulullah :
Maksudnya :
Aku diutus hanyalah semata-mata untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia.
2. Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanan ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan :

Maksudnya :
Telah dikatakan Ya Rasulullah, mukmin yang manakah paling afdhal imannya, Rasulullah s.a.w. bersabda orang yang paling baik akhlaknya antara mereka.
3. Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan akhlak yang baik. Dalam hadis telah dinyatakan bahawa telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

Maksudnya :
Apakah Addin itu ? Sabda Rasulullah, akhlak yang baik
Ini bererti bahawa akhlak itu dianggap sebagai rukun Islam samalah keadaannya dengan wukuf di pandang Arafah dalam bulan Haji berdasarkan kepada sabda Rasulullah:
“Haji itu (amal haji) ialah wukuf di Padang Arafah, Wukuf di padang Arafah adalah dianggap sebagai salah satu rukun amal haji, demikian juga keadaannya pada akhlak.

4. Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan yang utama dapat memberatkan neraca amal baik di akhirat kelak. Hal ini telah dinyatakan dengan jelasnya dalam hadis Rasulullah :
“Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”
Dari hadis ini jelas kepada kita bahawa timbangan amal baik kita di akhirat dapat ditambah beratnya dengan akhlak yang baik. Di samping itu kita ketahui juga bahawa akhlak dan takwa sama statusnya dari sudut ini, yang mana kedua-duanya merupakan perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca akhirat.
5. Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi kasih sayang Rasulullah dan mendapat sesuatu kedudukan yang hampir dengan Rasulullah pada hari akhirat ialah orang yang lebih baik akhlaknya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Maksudnya :
Yang paling aku kasihi di antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya padaku di hari akhirat orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu”.
6. Dalam ajaran Islam juga dinyatakan bahawa akhlak adalah merupakan syarat untuk membebaskan diri dari azab nereka dan memenangi syurga. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah dinyatakan bahawa telah berkata kepada Rasulullah :
Maksudnya :
Engkau sipulanah sentiasa berpuasa di siang hari dan bangun malam untuk sembahyang sunat tetapi beliau jahat akhlaknya, beliau sentiasa menyakiti jirannya. Rasulullah bersabda “Tiada kebaikan padanya, dia tergolong dalam golongan ahli neraka.
Jelas sekali dalam hadis ini bahawa ibadah puasa sunat dan sembahyang sunat di malam hari tidak dapat menebus dan menutup akhlak yang jahat, seperti yang berlaku kepada perempuan yang diceritakan dalam hadis di atas.
7. Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah supaya memperbaiki akhlaknya, sedangkan beliau tergolong dalam golongan mereka yang baik akhlaknya. Sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah dalam Surah Al-Qalam ayat 4 :
Maksudnya :
Sesungguhnya engkau berbudi perkerti agong.

Beliau sering berdoa :
Maksudnya :
Tuhanku, tunjukilah aku akhlak yang paling baik.
8. Allah telah memuji Rasulnya Muhammad S.A.W. kerana akhlaknya yang mulia, Firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 4 :
Maksudnya :
Sesungguhnya engkau berbudi pekerti agong.
Pujian yang berdasarkan kepada akhlak yan agong ini menunjukkan betapa tingginya kedudukan akhlak pada pandangan Allah.
9. Banyak terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak, baik dengan cara memerintah supaya berakhlak mulia atau menegah dari akhlak yang rendah dan keji sebagai contoh :
a. Berbudi baik kepada ibu bapa – Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 83
Maksudnya :
Dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa
b. Menunaikan janji – firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 34 :
Maksudnya :
Tunaikanlah janji sesungguhnya janji itu satu tanggungjawab.
c. Tegahan dari bersifat bakhil :
Maksudnya :
Dan jangan biarkan bangsa kamu berpunca dilengkok kamu dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.

JALAN PEMBENTUKAN AKHLAK
Di sana banyak terdapat jalan-jalan yang dapat digunakan dalam usaha-usaha membentuk akhlak. Antaranya :
1. Ilmu, yakni mengetahui jenis-jenis akhlak yang mulia dan keji. Tanpa ilmu Muslim tidak akan dapat membezakan antara akhlak yang baik dan buruk. Islam telah menjelaskan akhlak yang baik dan yang buruk. Kewajipan seseorang muslim hanyalah untuk mempelajari dan mengoreksi dirinya, melihat di mana kedudukannya berbanding dengan akhlak-akhlak tersebut, dan seterusnya bertindak melakukan perlaksanaannya.
2. Mengetahui betapa pentingnya akhlak-akhlak tersebut pada dirinya, kerana permasalahan akhlak berhubung terus dengan masalah iman dan takwa. Di samping itu beliau haruslah mengetahui apakah keburukan yang akan diterimanya akibat dari akhlak yang buruk dan keji.
3. Menyemadikan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam ingatan, sehingga beliau sentiasa waspada dan hati-hati dalam tindakannya. Melupai nilai-nilai akhlak yang mulia ini boleh membuat seseorang itu melakukan akhlak yang keji, kerana lupa adalah penyakit ilmu. “Penyakit ilmu ialah lupa”. Inilah yang telah berlaku kepada Adam Alaihissalam sebagaimana yang terdapat dalam Firman Allah :
“Sesungguhnya sebelum ini kami menjanjikan kepada Adam (tetapi) beliau lupa”.
4. Bersungguh-sungguh memperkuatkan pengertian akidah islamiah dalam jiwa, terutama pengertian-pengertian yang bersangkut dengan hari kiamat, dan akan menemui mati lambat laun.
Dengan memperkuat dan memperdalamkan pengertian akidah islamiah, akhlak seseorang itu akan kokoh, kerana soal akhlak berhubung dengan masalah iman dan takwa.
Seseorang yang benar-benar kuat pegangan akidahnya tidak akan merasa hina, kerana beliau sedar bahawa beliau berhubung terus dengan sesuatu kekuatan yang benar-benar agong, iaitu kekuatan Allah.
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan takut kepada sesama makhluk kerana beliau sedar bahawa segala sesuatu itu daripada Allah belaka, rezeki, celaka, manafaat dan nikmat malah hidup dan mati adalah di tangan Allah. Dengan itu beliau tidak akan bersikap mengampu, rasa hina diri dan hidup berpura-pura.
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan keluk kesah, kerana beliau sering mengingati Allah. Firman Allah dalam surah Ar-Read ayat 30;
“Ingatlah …………. dengan mengingati Allah hati akan tenang”
5. Melakukan amal-amal yang dapat mendorong kepada akhlak yang baik di samping dapat memudahkan jiwa menerima akhlak yang mulia. Firman Allah dalam surah Asy-Syamsi ayat 9:
“Telah berjaya orang yang telah membersihkannya (jiwa) dan telah rugilah orang yang mencemarkannya”.
6. Menunaikan ibadah yang fardhu dan sunat, kerana ibadat-ibadat ini dapat mentazkiahkan diri. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 :
“Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari kejahatan dan kemungkaran”
Firman Allah lagi dalam surah At-Taubah ayat 104 :
“Ambillah dari harta mereka itu sedekah yang dapat membersih dosa mendahkiahkan mereka”. Ibadat-ibadat ini amat besar pengarahnya pada jiwa manusia. Ibadat puasa misalnya ; dapat membentuk sifat-sifat sabar dan membina kekuatan iradah (kemahuan), begitu juga ibadah haji adalah merupakan tarbiah amaliah (latihan amali) kepada jiwa dan roh – demikianlah seterusnya ibadat-ibadat lain.
7. Melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tuntutan sifat-sifat keji. Misalnya, untuk mengubati sifat hasad dengki boleh dilakukan dengan mengucapkan istigfar dan mendoakan kebajikan kepada orang yang didengki. Sifat takbur umpamanya dapat diubati dengan bercampurgaul dengan golongan miskin dan muhrim, duduk di barisan belakang dalam majlis.
8. Memaksa diri melakukan sesuatu sifat yang dikehendaki, hinggalah sifat tersebut menjadi sebati dengan dirinya.
9. Bergaul dengan orang-orang mukmin yang berakhlak mulia, pergaulan ini akan dapat menularkan sifat-sifat mereka yang mulia itu sedikit demi sedikit. Rasulullah telah bersabda :
“Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan makanan kamu janganlah di makan kecuali oleh orang yang bertakwa”
10. Berusaha sedapat daya menuruti pimpinan yang baik. Pimpinan yang baik secara mutlak ialah Rasulullah s.a.w. Firman Allah dalam surah Ai-Ahzab ayat 21 :
“Sesungguhnya pada Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu”
Selain dari Rasulullah s.a.w. ialah para sahabat, terutama para khulafa-ur-rashidin. Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Para sahabatku seperti bintang, yang mana satu antara mereka kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk”.
11. Meninggalkan suasana yang telah rosak akhlaknya dan mencampuri suasana atau jamaah yang saleh.
Meninggalkan suasana yang rosak akhlak di sini bukanlah bererti meninggalkan masyarakat, yang dimaksudkan ialah menghijrahkan perasaan kita dari masyarakat yang telah rosak itu di samping berusaha mendampingi jamaah-jamaah yang baik akhlaknya.
12. Mengambil berat tentang akhlak yang mulia dan menganggapnya sebagai mutiara mahal yang harus dimiliki.
13. Melatih diri menerima nasihat orang. Pada hakikatnya orang yang memberi nasihat berhak menerima terima kasih kita, kerana kita selalunya berterima kasih kepada orang yang menyelamatkan kita dari bahaya. Demikianlah juga orang yang memberi nasihat telah cuba menyelamatkan kita dari bahaya keburukan akhlak yang kita lakukan.
KESIMPULAN

Dari penjelasan ini kita dapat membuat beberapa kesimpulan :-
1. Akhlak amat penting dalam penghidupan manusia memandangkan besarnya pengaruh akhlak kepada tindak tanduk manusia, sehingga pada ketika-ketikanya nilai-nilai akhlak yang terdapat pada diri seseorang itu bertindak menjadi neraca penilai kepada sesuatu perbuatan.
2. Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi pada pandangan Islam.
3. Sistem akhlak dalam Islam dapat membezakan dirinya dengan sistem akhlak yang lain melalui ciri-cirinya yang khusus.
4. Akhlak dapat dicapai dan dibentuk melalui daya usaha manusia sendiri melalui cara dan wasilah mencapai dan membentuk akhlak dalam diri.
PENUTUP
Dengan penjelasan ini juga kita telah mengetahui serba sedikit tentang sistem akhlak dalam Islam. Pengetahuan kita yang serba sedikit ini menuntut kita bertindak melakukan perlaksanaannya dalam kehidupan kita, kerana dengan mengetahui sahaja tanpa dituruti dengan tindakan perlaksanaan ianya tidak akan mendatangkan faedah yang diharapkan.
Oleh yang demikian kita berkewajipan bertindak melaksanakan tuntutan pengetahuan kita, kita mulakan dari diri kita, keluarga kita, masyarakat kita seterusnya negara kita. Andainya kita sungguh-sungguh dalam mengusahakan perlaksanaan ini Allah akan menolong kita. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69 :
“Dan mereka yang berjihad pada (jalan) kami, kamu akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami” Itulah janji Allah, dan Allah tidak akan mungkin janji.
Dalam kita bertindak untuk melaksanakan tuntutan ini kita akan menghadapi tentangan dari masyarakat jahiliah yang berada disekeliling kita. Tentangan ini adalah menjadi sunnah Allah kepada hambanya, sebab itu Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 :
“Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan menyatakan “kami telah beriman” sedang mereka tidak akan diuji lagi”.
Ujian-ujian yang berupa tentangan ini harus kita hadapi demi membuktikan keimanan kita yang kuat kepada Allah. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang baik dan mulia.