Khamis, 18 Mac 2010

Hukum Memakai Perfume Alkohol

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Rabu, 17 Mac 2010

19 SMS to HELL


1. Hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak, awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...

2. Terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat, saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...

3. Ingat tau, keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik contact….saya doakan awak.

4. Awak, kenapa tak contact saya? saya risau awak keluar lelamer... ye, saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau nak kata macam mana, kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh jer kan... tapi saya rasa awak macam berada depan saya...mungkin ini yang orang kata cinta agaknya. Awak, awk cinta saya? tak hendak bagitau?? tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan??? hehehe...thank you...saya cinta awak...

5. Awak, selain family, awak sayang siape? siapa saya dalam hati awak?

6. Awak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak istimewa untuk awak saja…saya teringin juga nak jadi macam kwn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...ok syg? thank you sayang...

7. Yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja….yela, saya just tanya awak pakai apa jer kan? hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...

8. Yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...

9. Ayang dah lama kita mesej, boleh tak kita jumpa? ye... ayang bawa lah kekawan k? thank you yang...

10. Thank you panggil saya dengan panggilan abang….abang tunggu da lama da..abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan...

11. Ayang, buat apa 2? nak cakap sikit, kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....

12. Ayang kita jumpa k? abang suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayang tak cantik, just makin cantik….nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang saja k...

13. Ayang, abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg… thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja diam,...ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borak kan...yang, abang suka tengok mata ayang, malu malu pula dia…..ayang tadi cantik...

14. Thank you jumpa tadi, ayang cantik...abang romantik pun salah ke? suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank you.... tengok kawan ayang dan kawan abg mcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengok, ALLAH membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...

15. Yang, just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus? apa tandanyer? 50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak? just terpikir……

16. Tadi terbeli tudung pendek…..yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayang special untuk abang pakai tudung 2... cantiknyer ayang...gambar ini abang buat wallpaper hp...

17. Yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! I love u sayang....

18. Yang, da lama kita couple, tak kan abang pegang tangan nak marah, ayang kan milik abang...thank you paham abang...

19. Kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayang cintakan abang, apa buktinya yang??????


SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT
SEBENAR.....
PEGANG TANGAN->TERABE->TERSEDAP-
>TERLANJUR->TERBUNTING->
TERBUANG anak->TERKELUAR VCD LUCAH-
>TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA-
>TER ……………………………………….pikir la sndiri ya sedara sedari suma

Rabu, 3 Mac 2010

TANDA SEBELUM SAKARATUL MAUT

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islamakan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

JANGAN HAMPIRI Z.I.N.A

Firman Allah:

Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum….adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan
dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari
ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman
dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama.
Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa.
Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada
perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul.
Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat
launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ
sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu
boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnyak ada zina
betul, ada
zina
tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat kekasih
dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaiut
khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki
juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan).
Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan
biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang
boleh membawa kpd perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,
betul ke? Jangan tipu.
Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya.Kita
nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak
diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup
tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik
pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu.
Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study
group…? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun berdua. Kalau
ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam
ni…..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang
pelajaran, yg lain tu…. banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik
sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita
manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan.
Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak
adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan
kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita.
Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih
tenang perasaan, tidak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri
adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin
memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak normal namanya. Islam
bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak
suruh membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn
nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bukan salah dan
berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.
Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah
manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita
sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau
nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta
secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab
qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam
. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik.
Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia
membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda
Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai
kecuali nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu
mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kpd perzinaan?
Ya.
Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tpt sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin
akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… …Bukankah meereka semakin
hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan
dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta tlh sampai kpd daerah
perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan
kita dalam keadaan bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta
manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan
manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak
akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk
iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah khuldi
dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan
manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jg
hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai
Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did lm syurga serta makanlah dr
makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu
hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu
dari org-org yg zalim.
(al-A’araf:19)

Tegahan
yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan
kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti
mereka akan memakannya. Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah
dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang.
Takut apabila berhadapan dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan
kecundan. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam
dan Hawa.

Bercinta adalah utk
mengenali hati budi pasangan sblm buat keputusan berkahwin. Tetapi
cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara
dekat.

Bolehkah
percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg
dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg
terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa
bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg
akan pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk.
Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi. Masa
bercinta, dia seorg yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan
terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah
kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau
hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih.
Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan.
Allah yg akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian
itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian
hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan
ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk
mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,
bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit… adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua
itu adlah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg
dberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adlah sama.
Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu betuk tupu daya
iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya “angkat” ini
sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk
dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln
akhirnya akan bertemu dgn zina.

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh
pencipta manusia.
Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk bercinta akan
mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya.
Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sblm
kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi.
Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau
begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan
. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk
berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:

Lelaki
yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dgn perempuan yg
berzina melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan
perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya
melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman.
(Surah al-Nur:3)


Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr
Tuhan.

Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa
ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn
diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj.
Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap krn ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki?
Sejahat
mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri dan
seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih
wanita yg baik
. Tetapi utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pandangan lelaki?
Tentu.
Mana ada org lelaki normal suka pd barang yg ‘second hand’ sedangkan
barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt
kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh
test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas
sirap bandung , bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?

Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka ada psgnnya. Firman Alllah:

Dan
org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg
memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan
zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala
yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami?
Kamu
masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta
mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt
redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3.
Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa
kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab
Kabul.


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu
ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah
kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdkku
perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu
dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih
sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubatmu.

Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dtg kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

Ukhtifillah.. (Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk Seluruh Akhwat di Dunia)


Ukhtifillah..
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Kerana itu kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.

Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.

Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.

Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerananya kau tak mendatangkan persamaan.

Ukhtifillah,

Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur.
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berhujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski hujung penutupmu
pun tak berani ku sentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli..
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,

Jangan pernah kau tatapku penuh

Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.

Bukan karena aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.

Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas.

Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari lumpur.

Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi.

Kerana kau hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,

Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.

Untuknya dirimu ada, itu kata fikiranku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.

Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.

Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.

Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,

Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.

Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.

Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.

Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis do’amu.

Ukhtifillah,

Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.

Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang

wanita sufi di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

**benarlah janji Allah..

“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat, laki-laki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik.

Laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan untuk mereka itu keampunan dan rezeki yang mulia.”

(Surah an-Nuur:26)

Sumber : www.ukhwah.com